Monday 27 February 2012

seindah taubat


PERINGATAN
-          Cerita adalah rekaan semata-mata dan sepenuhnya hasil nukilan Cik Putri Nuris..hehe
-          Watak yang terkandung di dalamnya adalah orang yang berada disekelilingku..bukan apa, nak glamor kan korang juga..
-          Jangan nangis ok!

SEINDAH TAUBAT
BAB 1
Buat pertama kali senyumannya meniti dibibir. Manis dan menyenangkan apabila dipandang. Dup dap..Dup dap..hati, kenapalah kau mengelabah semacam? Sabarlah wahai hati.
“Saya tak ada duit kecil, saya pergi koperasi sekejap, awak tunggu sini”. Kata Fezwan Amin. Kakinya laju melangkah ke koperasi.
Ekor mataku terus mengikuti langkah kaki lelaki itu sehingga tidak kelihatan. Senyuman ku ukir, kalau bukan kerana Norol Atika yang memintanya menemui Fezwan Amin untuk meminta sedikit pertolongan, dia takkan mahu berjumpa dengan mana-mana lelaki!.
“Nah untuk awak”. Satu minuman tin ice lemon tea dihulur kearahku yang masih terpinga-pinga.
“Tanda terima kasih sebab menunggu”. Senyumannya sering meniti dibibir seolah-olah ia sebati dengan dirinya. Minuman bertukar tangan.
“Terima kasih”. Tunduk ku malu. Lantas aku melangkahkan kaki meninggalkan tempat itu. Lebih lama aku berada disana membuatkan hatiku tidak senang.
Siti Marcelena menguis siku ku dengan sikunya membuatkan ingatanku tercantas peristiwa beberapa hari lalu. Spontan aku mendongak meminta penjelasan.
“Tengok tu Abang Fezwan Amin”.
Cepat aku melihat tempat yang ditunjukkan oleh Siti Marcelena, rakan baikku di kampus ini. Apa nak hairan, orang macam Abang Fezwan  Amin tu sentiasa di perpustakaan ini bukan macam mereka yang seminggu sekali pun susah.
“Aku bukan suka sangat Abang Fezwan Amin tu, dahlah garang masa kita MMS dulu”. Sambung Siti Marcelena.
“Dia takkan marah kalau kita tak buat silap dulu, mesti ada sebab untuk marah orang”. Bantah ku.
“Walau apapun aku tak suka dia”. Ulas Siti Marcelena lagi. Pantas aku melihat Abang Fezwan Amin semula, kali ini mata kami bertembung. Senyuman terukir dibibir masing-masing. Lantas aku menjauhi Siti Marcelena dan lari dari pandangan Abang Fezwan Amin.
Disatu sudut itulah aku memencil diri membawa seribu persoalan yang bermain dalam hati. Kenapa perlunya perasaan asing ini wujud setelah aku kuburkan sedalam-dalam jauh disudut hatiku. Siapa dia untuk menarik kembali perasaan ini. Tuhan aku mengharapkan perasaan ini wujud cuma sementara sama dengan keberadaan aku disini. 
BAB 2
En.Rahman merenung anak sulungnya yang duduk dihadapannya. Tiada kata yang keluar dari mulutnya melainkan hanya mendengar percakapan isterinya.
“Terima kasih Mak”. Kata Putri Vianna.
“Mak takkan biarkan anak Mak susah seorang diri”. Kata Puan Hidayah sambil mengenggam erat tangan anak sulungnya. Tangan itulah yang dibelainya 20 tahun lalu, tidak sanggup untuk kehilangan Putri Vianna.
“Mak Ayah, Putri minta ampun atas kesilapan putri dulu, mungkin inilah balasan untuk Putri. Izinkan Putri untuk menyelesaikannya sendiri”. Tangisannya suda mula kedengaran. Terima kasih ya Tuhan kerana Engkau memberikan aku nafas untuk menyedari kesilapan yang kulakukan pada Mak dan Ayah.
“Putri, Mak dan Ayah sentiasa memaafkan Putri, paling penting jangan ulagi kesilapan lalu. Ayah takkan sesekali membiarkan Putri pergi seorang diri”. Giliran si Ayah pula meyakinkan anak nya.
Lantas Putri Vianna memeluk erat kedua orang tuanya. Betapa kasih sayang itu mengalir dari dalam dirinya membuatkan tangisannya tidak putus-putus. Mak Ayah, terima kasih. Namun, kerana kasih Mak yang kusanjung, kasih Ayah yang tak putus-putus izinkan Putri manjauhi kalian kerana diri ini berdosa pada Mak Ayah. Monolognya.
Semalaman dia menangis di dalam bilik. Kain telekung masih bersarung di tubuhnya dan menadah tangan mengharap Ilahi mengampuni dosanya. Dosa semalam yang yang mampu membuatkan tidurnya tak lena dan mengingati perkata ngeri itu. Tiba-tiba telefon bimbit disisi katil bergetar menandakan mesej masuk. Dengan langkah longlai Putri Vianna mengambil telefon miliknya.
 Awak buat apa?  Mesej disebelah sana datang.
Tak ada apa-apa.  Balas ku.
Tengah teringatkan seseorang..…Fez cintakan Putri Vianna.
Mesejnya sengaja aku tidak balas…Terpaku dengan ucapan yang terakhir itu. Rupanya dia memiliki perasaan yang sama dengan aku. Tapi wajarkah aku membalasnya dengan kata-kata yang serupa? Betapa tidak sedar dirinya aku, hidup ini terlalu sementara. Dengan tiba-tiba perutku mula terasa sakit, ya Allah. Pandanganku mula berpinar, perlahan-lahan duniaku bertukar gelap.
BAB 3
Mendengar sahaja tutur bicara seorang doktor yang merawatnya tadi, dia memang sudah bersedia menerima hakikat itu. Mak Ayah maafkan Putri, nampaknya terpaksalah juga aku meninggalkan kalian. Aku melihat Mak dan Ayah melangkah masuk  ke dalam bilik ini. Tidak sanggup rasanya melihat wajah tua itu terluka lagi. Sebutir demi sebutir penjelasan yang diberikan oleh doktor membuatkan air mata Mak akhirnya jatuh juga. Ayah tetap tenang mendengar ujian kesihatanku.
“Mari kita pulang”. Ujar si Ayah selepas mengucapkan terima kasih pada doktor itu.
Aku hanya menggangguk. Mak masih tidak mahu bersuara. Apakah Mak akan memarahiku kerana merahsiakan daripadanya? Ya Allah, ampunkan aku.
BAB 4
Siti Marcelena memandang Putri Vianna dengan wajah serius. Dia betul-betul tidak menyangka perkara yang telah disampaikan oleh rakannnya itu, dia turut simpati. Sebagai seorang kawan dia hanya mahu yang terbaik untuk sahabat yang telah sama-sama berjuang untuk hidup di kampus ini.
“Aku tak setuju kau berhenti berlajar”.
“Mar...setuju atau pun tidak aku tetap akan tinggalkan kampus ini”.
“Masalahnya kau nak tanggung benda ini seorang-seorang”.
“Kau nak aku tanggung dengan siapa lagi? Semuanya dah berakhir  Mar”.
“Keluarga kau nanti bagaimana mana?”
“Aku tak sanggup nak menyusahkan mereka. Aku yang mulakan semua ini dulu, jadi aku terpakasalah  menerima akibatnya. Lagipun aku tak mahu memalukan mereka lagi. Aku harap kau paham”. Sebutir demi sebutir air matanya keluar membasahi pipinya yang mulus. Keluar air mata darah sekalipun dia sudah tidak boleh berpaling lagi membetulkan kesilapan yang lalu.
Melihat keadaan Putri Vianna, terus Siti Marcelena memeluk erat rakan baiknya itu. Dia juga tidak mampu membendung tangisannya, teresak-esak mereka menangis.
BAB 5
Fezwan Amin bersungguh-sungguh memahami buku yang dibacanya. Memandangkan ini adalah semester akhir, dia mahu berjaya dengan cemerlang. Sesekali fikirannya terbang mengingatkan seorang gadis yang berjaya mengetuk pintu hatinya. Cinta itu hadir tanpa dia sedari. Belum pernah lagi dia memandang seorang gadis yang lincah tapi masih menjaga adab-adab seorang wanita. Ya Allah, jika dia benar jodohku dekatkanlah hatinya dengan hatiku, jika dia bukan milikku damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu.
Tiba-tiba pandangannya tertancap pemilik nama Putri Vianna. Lekas dia ingin menyapa gadis itu. Rasanya ini adalah pertemuan pertama selepas dia mengucapkan perasaannya melalui pesanan ringkas SMS.
“Assalammualaikum”.
“Waa’laikumusalam.” Putri Vianna berpaling kearah suara yang memberi salam. Senyuman dibibirnya mati serta merta.
“Kenapa awak tak pernah balas mesej saya hari itu dan apa jawapan awak? Maaflah saya seorang yang berterus terang”. Fezwan Amin mengukir senyuman. Membuatkan si gadis terpaku dengan senyuman manis itu.
“Saya sibuk”. Jawab Putri Vianna ringkas.
Putri Vianna menarik nafas panjang. Nampaknya dia perlu menjauhkan cinta Fezwan Amin darinya tapi dia sendiri tidak mampu. Kebaikan yang ditunjukkan Fezwan Amin membuatkan dia jatuh cinta lagi. Ah!!....itu Cuma godaan Putri, semua cinta dinodai oleh nafsu.
“Tidak pernah sekali cinta Fez dinodai nafsu. Fez perlu jawapan Putri”.
Putri terpana, macam mana dia boleh menbaca gerak hatiku? Apakah dia juga tahu yang dia juga menyimpan perasaan yang sama?
“Cinta Fez adalah salah untuk Putri . Putri harap Fez menjumpai orang yang selayak-layaknya dapat cinta Fezwan”. Lalu dia melangkah meninggalkan Fezwan Amin. Lebih lama dia disana maka banyaklah dosanya untuk menipu. Dosa lama pun belum tentu terhapus. Maafkan Putri, Fez.
BAB 6
Puan Hidayah memeluk erat anak sulungnya. Puas dipujuk anak itu namun Putri Vianna tetap berkeras untuk meninggalkan rumah mereka. Dia tidak kisah apa pandangan masyarakat terhadap mereka asalkan anak itu tetap tinggal bersama mereka. En. Rahman diam seribu bahasa. Hati tuanya remuk bila anak yang di asuh menconteng arang ke mukanya.
“Abang, Yah takkan benarkan anak kita pergi dari rumah ini. Abang tolonglah pujuk Putri!”. Puan Hidayah merayu kepada suami disisi.
“Mak, bukan niat Putri ingin menjauhi Mak dan Ayah. Putri tak mahu Mak dan Ayah menanggung malu kerana Putri. Apa kata saudara-saudara dan jiran-jiran bila tahu anak En.Rahman mengandung tanpa ayah? Putri tak sanggup untuk melihat mak dan ayah dicemuh kerana Putri”. Air mata deras mengalir ke pipi.
“Mak tak kisah Putri, kita akan sama-sama membesarkan cucu Mak tu”. Pujuk si Ibu lagi.
“Ini akibat Putri tak mahu mendengar nasihat Mak dan Ayah dulu. Kenapa mak sanggup nak terima diri Putri yang kotor ini!”.
Pang!!!...satu tamparan singgah dipipinya. Puan Hidayah terpana apalagi Putri.
 “Ayah tak mahu Putri cakap macam tu lagi!. Semua ini bukan salah Putri seorang. Ayah juga bersalah dalam hal ini kerana ayah sibuk sehingga ayah tak bagi perhatian terhadap Putri. Apa yang Mak Putri cakapkan tu betul. Kami takkan benarkan Putri keluar dari rumah ne”.
Baru hari ini ayah bercakap mengenai nya, baru hari ini Ayah menamparnya atas kesilapannya. Lantas Putri memeluk erat Ayahnya. Air-air manik berjuntai keluar lagi terharu dengan penerimaan Ayah dan Mak.
Hati hiba mengenangkan
Dosa-dosa yang ku lakukan
Oh..Tuhan Maha kuasa
Terima taubat hamba berdosa
Ku akui kelemahan diri
Kuinsafi kekurangan ini
Kukesali kejahilan ini
Terimalah terimalah terimalah
Taubatku ini….
BAB 7
Selesai membaca Yasin malam jumaat itu, Putri Vianna duduk antara dua sujud menghadap Maha Pencipta, memohon keampunan atas dosa-dosanya. Menangis mengenangkan perbuatannya dulu. Terima kasih kerana mengurniakannya Mak dan Ayah yang sangat mengasihaninya. Dalam esak tangisnya, tiba-tiba perutnya terasa sakit lagi, sakit sehingga tidak mampu untuk berbuat apa-apa, hanya tangisan yang kedengaran. Andai kehidupanku berakhir disini, sesungguhnya hati ini tenang kerana mendapat keampunan dari kedua orang tuaku. Ampunkan hambamu Ya Allah dan terimalah taubat hambamu. Perlahan-lahan dirinya rebah menghadap kiblat. ‘ Dan setiap umat mempunyai ajal (batas waktu). Apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatan sesaat pun’. Surah Al-A’raf ayat 34.  
Fezwan Amin masih duduk ditikar sejadah dalam surau kampus itu, hatinya masih memikirkan gadis yang telah berjaya bertahta dihatinya. Ya Allah bantu hambamu ya tuhan. Ya Allah Engkaulah tempat ku mengadu harapanku. Kuharap dirinya sentiasa dibawah rahmatmu. ‘Mahasuci (Allah) yang telah menciptakan semuanya berpasang-pasangan, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka sendiri, mahupun dari apa yang tidak mereka ketahui’. Surah Yasin ayat 36.













3 comments:

  1. aiching..ayat mu tu..naik bulu roma ku jo!!!hahahah!!!!bgus2..gud job!!aq tolong post dfb la ya..

    ReplyDelete
  2. Norisa, letak lagu yang sedih2 so, boleh jugak kami ambik feel sikit baca novelmu ney. hahaha~~

    ReplyDelete