Sunday 30 December 2012

Mana hala tuju?


     Tujuanku belajar ini pastinya aku ingin menolong keluargaku dan untuk memajukan diri. Dalam menempuh alam belajar pasti akan terselit cerita-cerita cinta dalam hati. Walaupun ada orang yang tidak pernah bercinta tetapi aku pasti mereka juga pasti terfikir siapa bakal lelaki yang di cintainya..

    Niat ku suci untuk belajar tetapi di samping itu pasti Tuhan menduga kita dengan berbagai dugaan dan cinta adalah satu dugaan besar. Kamu pernah bercinta?bagaimana kamu mengenali cinta pertama kamu?ada seorang sahabat aku cakap cinta pertama memang susah untuk dilupakan. Ada orang mungkin menemui cinta setelah berbagai-bagai orang di temui. 

    Tidak perlu di definasikan lebih dalam kerana aku pasti kamu tahu apa itu cinta malah lebih arif mengenainya. Aku punya sahabat, Alhamdulillah dia telah menemui cinta sejatinya apabila dia kahwin selepas SPM. Persepsi sekarang asal kawin muda saja terlanjur, bukan begitu, sahabat aku ne pernah menceritakan mengapa dia berkahwin. Dia kata ‘daripada aku buat maksiat baik aku kahwin ja’..dia bahagia dengan suaminya dan dikurniakan seorang bayi perempuan. Semoga kamu hidup bahagia dan mendidik anak itu dengan soleh. 

Kerana cinta aku….
“kerana budi aku jatuh hati…”
     Kerana budi aku tidak berani untuk menolak cintanya. Aku bukan mempermainkan perasaan lelaki itu tetapi aku sendiri tidak mampu untuk berkata apa-apa. Setiap kesusahanku dia pasti ada menghulurkan bantuan. Suatu hari dia berkata “aku mencintaimu…”hati ini mula berkata, kenapa harus kau mencintai aku, bukankah kita ini sahabat? Diri ini tidak mahu menjumpainya tetapi kerana pertolongan yang di hulur di saat aku memerlukan membuatkan aku memberikan peluang untuk menerimanya. Kerana budi aku jatuh hati………

Kerana cinta aku….
“ aku ingin mencintaimu lagi…”
    Hubungan cinta ini telah lama putus tetapi sering juga aku merinduinya. Secara tiba-tiba kau muncul pula mengatakan kau masih menyayangi aku dan  dan mula bertanya jika aku masih sayang atau tidak. Lidahku kelu untuk berkata-kata..akhirnya jawapan entah terluah, walau banyak kali di tanya pasti entah itu yang menjadi jawapannnya. Akhirnya aku mengaku aku tidak lagi menyayanginya tetapi aku ingin mencintaimu lagi. Aku bukan mempermainkan perasaan lelaki itu tetapi aku ingin menberikan peluang kepada diriku.

Kerana cinta aku….
“tidak menjawab cintamu……..”
    Maafku sahabat…bukan niat untuk aku tidak menjawab cintamu…salahku kerana tidak memberitahumu bahawa hati ini punya nama orang lain…tapi aku tidak melarang untuk kau menyukaiku kerana siapalah aku untuk mendesak orang supaya jangan pernah jatuh cinta…siapa sangka mungkin siapa dalam hatiku ini bukan bakal imamku…dan mungkin juga kamu…