Tuesday 3 April 2012

'Bunga Sedang Mekar...'


Cinta antara dua manusia
     Fitrah manusia kerana sering kali hati nan kerdil ini di ketuk oleh sang kekasih, kasih itu datang tanpa di undang, cinta itu mekar tanpa di bajai haruman kasih. PadaMu ku bersujud Ya ALLAH agar Engkau jauhkan perasaan rindu padanya, padaMu ku berdoa agar tiada bisikan syaitan terkutuk yang tidak berputus asa dalam menyesatkan hambaMu Ya ALLAH. Kerana cinta, maka bermulanya kisah cinta antara dua manusia...



Segalanya bermula disini
    Mulanya gelabah seperti ada sesuatu yang tidak kena, buat seperti tidak ada apa-apa. Berkali-kali untuk menidakkan perasaan yang jauh di lubuk hati ini, namun hati ini kian bergetar kiranya mata hati tersapa akan dirinya. Apakah ini yang dinamakan cinta?Tak mungkin! Tapi hati ini seolah-olah berkata..'bunga sedang mekar..'

Segalanya ku terima
    Walau beribu kali aku menolak akhirnya aku jatuh cinta juga. Cinta itu indah seolah-olah aku berada dalam rimbunan bunga yang segar...Kami tidak seperti pasangan yang lain, cukup hubungan ini sekadar ucapan pertanyaan khabar seminggu sekali kerana aku cukup rimas memegang handphone. Itulah hakikatnya.Waktu berganti hari, hari berganti bulan, bulan berganti tahun.


Segalanya tiada lagi
    Walau  dia terlalu baik untukku, mendorongku dan memberi nasihat..Segalanya perlu untuk aku pertimbangkan semula ..Akhirnya tangan ini menghantar sms kata putus untuknya, hati mula berkata.. 'Bunga sedang mekar dan mekarlah untuk mencintai Allah SWT serta RasulNya.'

 Segalanya..
    Tiada kesedihan atau pun air mata..Kerana bagiku semua itu sia-sia. Alasanku mudah, segalanya bersebab..kenapa?..Sebabnya.. Aku tidak mahu merasa cinta dia sekarang, padaku cinta yang ku hulurkan haruslah dengan cara yang halal. Jika memang benar dia jodoh kita, biarkan ALLAH  SWT yang menetapkan.. Semoga ALLAH  SWT memberikan kita jodoh yang soleh, Amin.