Cinta antara dua manusia
Fitrah manusia kerana
sering kali hati nan kerdil ini di ketuk oleh sang kekasih, kasih itu datang
tanpa di undang, cinta itu mekar tanpa di bajai haruman kasih. PadaMu ku
bersujud Ya ALLAH agar Engkau jauhkan perasaan rindu padanya, padaMu ku berdoa agar
tiada bisikan syaitan terkutuk yang tidak berputus asa dalam menyesatkan
hambaMu Ya ALLAH. Kerana cinta, maka bermulanya kisah cinta antara dua
manusia...
Segalanya bermula disini
Mulanya gelabah seperti ada sesuatu yang tidak kena,
buat seperti tidak ada apa-apa. Berkali-kali untuk menidakkan perasaan yang
jauh di lubuk hati ini, namun hati ini kian bergetar kiranya mata hati tersapa
akan dirinya. Apakah ini yang dinamakan cinta?Tak mungkin! Tapi hati ini
seolah-olah berkata..'bunga sedang mekar..'
Segalanya ku terima
Walau
beribu kali aku menolak akhirnya aku jatuh cinta juga. Cinta itu indah
seolah-olah aku berada dalam rimbunan bunga yang segar...Kami tidak seperti
pasangan yang lain, cukup hubungan ini sekadar ucapan pertanyaan khabar
seminggu sekali kerana aku cukup rimas memegang handphone. Itulah
hakikatnya.Waktu berganti hari, hari berganti bulan, bulan berganti tahun.
Segalanya tiada lagi
Walau dia terlalu baik untukku, mendorongku dan memberi
nasihat..Segalanya perlu untuk aku pertimbangkan semula ..Akhirnya tangan ini
menghantar sms kata putus untuknya, hati mula berkata.. 'Bunga sedang mekar dan
mekarlah untuk mencintai Allah SWT serta RasulNya.'
Segalanya..
Tiada kesedihan atau pun air mata..Kerana bagiku
semua itu sia-sia. Alasanku mudah, segalanya bersebab..kenapa?..Sebabnya.. Aku
tidak mahu merasa cinta dia sekarang, padaku cinta yang ku hulurkan haruslah dengan
cara yang halal. Jika memang benar dia jodoh kita, biarkan ALLAH SWT yang menetapkan.. Semoga ALLAH SWT memberikan kita jodoh yang
soleh, Amin.
noris sedih ku cerita mu ni :(
ReplyDeletejadi follower akw arr d blog ni "http://megucci91.blogspot.com" heehee
haha...saja2 meluahkan rasa yang terpendam..
ReplyDeletemudah-mudahan aminnn.
Delete