Wednesday, 25 March 2015

Hujan Kemarau




Payung dan Hujan
hujan mula turun renyai-renyai....hari sudah mulai gelap dan awan hitam bila-bila masa sahaja akan memuntahkan isinya. kaki melangkah perlahan seolah-olah mengizinkan hujan membasahi diri, kerana bagi ku hujan ini merupakan satu anugerah daripada Tuhan. Bila hari panas kita mula berkata 'panasnya'..jadi bila hujan mengapa kita merungut pula?


Kemarau Yang Panjang
aku mula mencari air hujan, rindu akan hujan yang membahasahi bumi. aku penat menghirup udara asap..dan tentunya tumbuhan juga perlu air. langkah seolah longlai, tidak bermaya dengan cuaca begini.

I miss u rain

Wednesday, 4 March 2015

Aku Dan 2015

SALAM 2015

     Cukup lama aku tidak melihat blog ne, tiba-tiba rasa rindu untuk melihat gambar dan post2 lama. Kalau dulu aku bergelar seorang pelajar universiti dan sekarang aku sudah seorang graduan.

     Amat payah untuk mencari pekerjaan sekarang ini apatah lagi seorang perempuan, semuanya perlu dipertimbangkan sebelum apply mana-mana kerja kosong.

     Usah risau dan gelisah kerana rezeki itu dimana-mana saja, Allah sudah menetap rezeki masing-masing. Cuma lambat atau cepat sahaja.

    Nasihatku, muhasabah diri, jangan lupa berdoa selepas solat dan sungguh-sungguh. Percaya pada Allah, InsyaAllah. Dengan izin Allah.