Tujuanku
belajar ini pastinya aku ingin menolong keluargaku dan untuk memajukan diri.
Dalam menempuh alam belajar pasti akan terselit cerita-cerita cinta dalam hati.
Walaupun ada orang yang tidak pernah bercinta tetapi aku pasti mereka juga
pasti terfikir siapa bakal lelaki yang di cintainya..
Niat
ku suci untuk belajar tetapi di samping itu pasti Tuhan menduga kita dengan
berbagai dugaan dan cinta adalah satu dugaan besar. Kamu pernah
bercinta?bagaimana kamu mengenali cinta pertama kamu?ada seorang sahabat aku
cakap cinta pertama memang susah untuk dilupakan. Ada orang mungkin menemui
cinta setelah berbagai-bagai orang di temui.
Tidak
perlu di definasikan lebih dalam kerana aku pasti kamu tahu apa itu cinta malah
lebih arif mengenainya. Aku punya sahabat, Alhamdulillah dia telah menemui
cinta sejatinya apabila dia kahwin selepas SPM. Persepsi sekarang asal kawin
muda saja terlanjur, bukan begitu, sahabat aku ne pernah menceritakan mengapa
dia berkahwin. Dia kata ‘daripada aku buat maksiat baik aku kahwin ja’..dia
bahagia dengan suaminya dan dikurniakan seorang bayi perempuan. Semoga kamu hidup
bahagia dan mendidik anak itu dengan soleh.
Kerana
cinta aku….
“kerana
budi aku jatuh hati…”
Kerana
budi aku tidak berani untuk menolak cintanya. Aku bukan mempermainkan perasaan
lelaki itu tetapi aku sendiri tidak mampu untuk berkata apa-apa. Setiap
kesusahanku dia pasti ada menghulurkan bantuan. Suatu hari dia berkata “aku
mencintaimu…”hati ini mula berkata, kenapa harus kau mencintai aku, bukankah
kita ini sahabat? Diri ini tidak mahu menjumpainya tetapi kerana pertolongan
yang di hulur di saat aku memerlukan membuatkan aku memberikan peluang untuk
menerimanya. Kerana budi aku jatuh hati………
Kerana
cinta aku….
“
aku ingin mencintaimu lagi…”
Hubungan
cinta ini telah lama putus tetapi sering juga aku merinduinya. Secara tiba-tiba
kau muncul pula mengatakan kau masih menyayangi aku dan dan mula bertanya jika aku masih sayang atau
tidak. Lidahku kelu untuk berkata-kata..akhirnya jawapan entah terluah, walau
banyak kali di tanya pasti entah itu yang menjadi jawapannnya. Akhirnya aku
mengaku aku tidak lagi menyayanginya tetapi aku ingin mencintaimu lagi. Aku
bukan mempermainkan perasaan lelaki itu tetapi aku ingin menberikan peluang kepada
diriku.
Kerana
cinta aku….
“tidak
menjawab cintamu……..”
Maafku
sahabat…bukan niat untuk aku tidak menjawab cintamu…salahku kerana tidak memberitahumu
bahawa hati ini punya nama orang lain…tapi aku tidak melarang untuk kau menyukaiku
kerana siapalah aku untuk mendesak orang supaya jangan pernah jatuh cinta…siapa
sangka mungkin siapa dalam hatiku ini bukan bakal imamku…dan mungkin juga kamu…